Tuesday, 29 November 2011

Menjana Keuntungan Melalui Kemudahan Ar-Rahnu??

Untuk posting kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang teknik dan tips menjana keuntungan dengan kemudahan Ar-Rahnu secara jelas dan mudah. Ini kerana, melalui pemerhatian saya masih terdapat kekeliruan yang wujud pada sesetengah pelabur yang mahu menggunakan teknik pajakan untuk melipat gandakan lagi keuntungan dari pelaburan asal mereka.

Kekeliruan ini wujud kerana mereka tidak memahami secara jelas cara sebenar untuk melakukan teknik ini. Mereka terlalu ghairah dalam mengejar keuntungan dan hanya ikut-ikut tanpa mendapatkan maklumat yang lengkap untuk mengenalpasti pulangan dan risiko yang terlibat

Pada akhirnya duit pinjaman Arrahnu dibelanjakan, upah simpan tidak dapat dijelaskan dan Emas pula akan dilelong. 

Untuk pengetahuan anda, memajakkan sesuatu aset merupakan satu bentuk LEVERAGE. Penggunaan laverage yg betul dpt melipat gandakan keuntungan, manakala jika tersalah urus, ianya dapat menggandakan pula risiko anda.

Berikut adalah tip-tip penting membuat pajakan Ar-Rahnu:-
  1. Kenal pasti objektif anda terlebih dahulu. (Modal Pusingan Perniagaan -ATAU- Pelaburan)
  2. Pajakan bermotifkan "Modal Pusingan Perniagaan" boleh dibuat bila-bila masa.
  3. Pajakan bermotifkan "Pelaburan" hanya boleh dibuat ketika harga Emas sedang membuat pembetulan didalam TREND yg masih menaik ! 
  4. Pastikan anda membeli emas permulaan dengan kuantiti yang kecil.(10gm/20gm). Ini bertujuan memudahkan anda menebusnya pada masa akan datang kerana nilainya adalah kecil. Cth; Jika modal anda RM50K, belikan emas dalam range produk yang kecil iaitu 10gm * Z keping + 20gm*Y keping.
  5. Pastikan pada akhir proses mengulangi pajakan, anda masih memegang Emas dalam simpanan anda sebagai modal tebusan selapis demi selapis.
  6. Pajakan dengan banyak lapisan akan mendedahkan anda kepada risiko yang tinggi!


Berikut ialah 2 objektif mengapa anda perlu membuat pajakan Ar-Rahnu:-  
   
1) Untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Modal pusingan perniagaan bermaksud tunai yang anda perlukan untuk membeli semula Emas daripada pengedar/customer anda.

Langkah pertama: Buat pembelian emas pertama anda menggunakan keseluruhan modal dalam variasi Emas berkuantiti kecil.

Langkah kedua: Pajakan setiap Emas anda dengan teknik Satu Item Satu Surat Pajakan. Simpan kepingan terakhir untuk modal tebusan untuk masa akan datang.

Langkah ketiga: Gunakan pinjaman tunai Ar-Rahnu hasil dari pajakan untuk anda beli semula Emas dari pelabur yang lain.

Langkah keempat: Bayar TOTAL upah simpan untuk kesemua Emas pajakan anda untuk menyambung pajakan dan juga mengelakkan dari Emas anda dilelong.

Langkah kelima: Jika tidak, tebus sahaja Emas anda. Jualkan Emas yg berada ditangan hasil pembelian dr duit pajakan itu dan mula menebus dengan menjelaskan sekali upah simpannya atau kos2 lain yang terlibat.


2) Untuk menjana keuntungan dari modal asal secara berperingkat (Leverage)

Teknik ini juga sinonim dengan panggilan REMPIT EMAS. Teknik ini hanya sesuai dibuat semasa berlakunya market correction dalam trend harga Emas yang menaik sahaja!! Apabila harga Emas menunjukkan pembetulan, anda boleh lakukan langkah2 dibawah untuk menggandakan lagi keuntungan anda.

Berikut adalah langkah2 membuat pajakan:

  1. Pajakkan kesemua Emas anda Satu Item Satu Surat dan dapatkan tunai.
  2. Gunakan kesemua tunai hasil dari pajakan Emas tadi untuk membeli lagi Emas pada harga yang rendah (correction price).
  3. Apabila harga Emas kembali melonjak dan untung. Jualkan kesemua Emas hasil dari tunai pajakan.
  4. Gunakan tunai itu untuk menebus Emas anda satu persatu. Ulangi proses ini sehingga kesemua Emas anda selesai ditebus. Dan pada akhirnya, anda telah meraih keuntungan dengan memanfatkan Arrahnu.

Kesimpulan:

1) Teknik pajakan yang pertama amat membantu anda untuk membuat pusingan modal perniagaan Emas. Teknik yang mudah difahami dan mudah diuruskan.

2)Teknik pajakan kedua adalah lebih "tricky" dan "complicated". Kegagalan anda untuk memahami teknik ini  dengan baik boleh membuatkan anda terperangkap didalam kemudahan Pajakan Arrahnu itu sendiri.

3)Teknik pajakan kedua bergantung pada tempoh masa perubahan trenda harga emas. Jika harga Emas memakan masa yang lama untuk memulakan trend kenaikkannya kembali. Maka anda menanggung upah simpan yang tinggi bagi setiap Emas pajakan anda. Kegagalan menjelaskan upah simpan membuatkan Emas anda akan dilelong.

Oleh itu, sebelum membuat sesuatu pajakan menggunakan Emas anda, teliti dahulu objektif mengapa anda perlu memajak. Jika tiada keperluan, lebih baik disimpan. Anda tidak rugi apa2 jika anda tidak membuat teknik pajakan. Tetapi anda lebih berisiko untuk rugi jika anda melakukan teknik  pajakan tanpa anda memahami kaedahnya dengan betul. Semoga dengan penerangan yang jelas ini dapat memberikan anda panduan dalam menjana keuntungan dari fasiliti Ar-Rahnu. Saya hanya memberikan idea dan konsep teknik-teknik diatas. Untuk pengiraan yang tepat anda boleh buatkan pengiraan sendiri dengan memasukkan jumlah pembelian, pajakan dan upah simpan dengan tepat. 

Semoga Berjaya dalam pelaburan Emas n Perak fizikal!